Husband & Wife

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Muhammad Izzihni Rizqi Bin Nazri

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Nur Izzayra Irdina Binti Nazri

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday 21 June 2012

Fadhilat Bulan Syaaban

Assalamualaikum...

    Ermmm..diam x diam dh masuk bln syaaban kan, lagi sebulan kite(semua umat islam) akan menyambut ramadhan al-mubarak, pastu disusuli dgn bulan syawal(bulan kemenangan)..InsyaAllah, aku akan berpuasa pd hari ni, sebab sedih x dpt wat puasa pd hari pertama bln rejab hari tu..

   Ok, hari ni aku nak share ngan korang akan fadhilat bulan Syaaban..aku x pndai pon, tp hasil carian dlm google, aku nak kongsi ngan sape2 yg bace blog aku ni..tp, sebelum tu aku nak ucapkan salam nifsu syaaban kat semua...

hasil pencarian dari google....
   

      Ok, ni dia fadhilat bulan rejab ni..same2 lah kite membaca, menghayati & insyaAllah mengamalkan nye dlm kehidupan seharian kite...

selamat membaca.....
sumber dari google...

Sabda Nabi s.a.w. : ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya,

kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku

atas kamu.’ 


Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan
Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan(terlepas) daripadanya
kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan
Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan
Syurga baginya. Barangsiapa berpuasa
pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada
Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a. :-
`Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban'                                        

Sabda Nabi S.A.W. :- ’Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmani rohani).’ 

Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan
Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka
puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah
lalu, diberkatkan rezekinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada
bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’



Sabda Nabi S.A.W :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W :-Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’.
Kelebihan Ramadhan atas bulan- bulan yang lain seperti kelebihan
Allah atas sekelian makhlukNya.’

Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti
keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’

Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya
pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya
melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan
saudaranya.
sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya
sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab
Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di
laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada
malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :- ‘Ya
Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan
segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan
kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka
segala pintu syurga.’

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka

tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang
hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-
  • Orang yang kekal minum arak.
  • Orang yang derhaka dua ibubapanya.
  • Orang yang kekal dalam zina.
  • Orang yang banyak berkelahi.
  • Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
  • Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada
umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun.
Demikian Allah
memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun
berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad
S.A.W.’

Credit From Masjid Sabak Uni

p/s : kalau ade yg silap or salah, mintak tegur ye..
       moga kita sama2 dpt muhasabah diri ke arah yg lbih baik...aminnnnnn...



1 comment:

Bitt (doubleIS) said...

hi..
nice sharing :)
salam kenal ;)